Thursday 26 September 2013


Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang lada merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 cm belacan
  • 1 hirisan nipis lengkuas / dikisar halus
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
  • 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

Cara-cara

  1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
  3. Step_by_step_032
    Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
  4. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.
Assalamualaikum semua..
Memandangkan saya berasal dari Kedah, hari ni saya nak kongsi satu resepi kuih tradisional negeri Kedah. Rasanya tak ramai yang tau. So, mai sini nak bagi tau.
Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah, terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star, Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni…kuih ni kita boleh lihat dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu, Alor Setar.
100_5365 100_5371
RESEPI :
Nampak gaya macam mudah, tapi kuih orang dulu2 selalunya memerlukan teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang cantik.
INTI:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau
KULIT:
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus
CARA-CARA:
1. campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. ayak   rata dalam bentuk bulat
4. masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

Sunday 22 September 2013

CUCUR UDANG TEMBAM
 
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
1 biji telur di kocok
1 sudu kecil baking powder

BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, garam, telur dan baking powder dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

Tuesday 6 August 2013

ni merupakan recipe turun temurun nenek yanie tau.. kuih karas ni merupakan fevret family yanie.. teringat time berebut dengan family nk makan kuih karas ni..hehe..

KUIH KARAS TRADISIONAL
Bahan-bahan:)
1 bungkus tepung beras
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng



Cara penyediaannya:)


Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.


Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.



-SELAMAT MENCUBA-





                            haa....,dah siap dah KUIH KARAS MANIS......,

Berikut adalah resepi Roti Jala Mudah.

Bahan-bahan:

  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 150ml air
  • 150ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit

Cara Membuat:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.
rotijala2

Monday 5 August 2013

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..Olla evrybody!!setelah kekenyangan melantak Laksa kedah yang dibikin mak  tadi, soo terasa nak share resepi ni.. wallah!! ye la, ramai yang dok kata Laksa kedah dengan laksa Penang sama, Ohh NO.. TAK SAMA ok.. 80% tak sama!.. sebabnya sampai bila-bila Laksa kedah sentiasa jadi my favrite dan yanie kenal rasa Laksa Kedah ni berbanding Laksa Penang.. hihi..  berikut merupakan resepi asli turun temurun yang dibuat mak yanie..

Resepi Laksa Kedah kuah Asam Pedas(5-6 org makan)


  • Bahan-bahan
Laksa Besar -1 bungkus (direndam 2-3 jam/sehingga lembut)
Ikan 1kg- (direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. blend isi ikan. tulang ikan pon diblend juga tetapi mesti ditapis setelah diblend) p/s: gunakan air rebusan ikan untuk blend
Asam Keping- 3-4 keping
Bunga Kantan 1
Daun Kesum
garam secukup rasa
Sedikit Gula jika perlu


  • bahan kuah (diblend sekali semua)
Cili Kering- 20 Tangkai-rebus dahulu
Bawang Merah- 10 ulas
Belacan - 1 inci


  • Bahan sampingan/hiasan (dipotong kecil-kecil)
Timun
Bawang Besar
Pucuk/ulam (pucuk gajus sedap!/pucuk selom)


  • Cara-caranya adalah:
1. Masukkan Bahan kuah yang diblend kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. masukkan isi ikan yang diblend bersama-sama air rebusan yang diblend bersama ikan tadi atau sebanyak mana yang suka (nak pekat air sikit, nak cair air banyak)-gaul rata
3. masukkan bunga kantan +daun kesum + asam. biarkan mendidih
4. masukkan garam secukup rasa.
(siap dah kuah!)
5. rebus air hingga panas & mendidih, masukkan laksa yang direndam tadi. apabila lembut, toskan. basuh pula bersama air biasa.
6. hidangkan laksa bersama timun, bawang dan pucuk tersebut, tuangkan kuah dan MAKAN!